Pages

Sunday 9 September 2012

Duhai Hati

Bersabarlah duhai hati...kadang kala apa yang kita nak tak semestinya sama dengan apa yang kita mintak..sabar itu mungkin indah di hujungnya..tak siapa yang tahu perjalanan hidup kita bagaimana..saat kita menangis..saat kita tertawa..itu semua sudah direncana..menangis untuk sesuatu yang mampu beri pengajaran..tertawa untuk sesuatu yang boleh dijadikan kenangan...hati kita..kita saja yang tahu..orang lain tak tahu..mereka hanya mampu melihat dari pandangan kasar..senyum yang kita ukir dilihat kita gembira...tangisan yang kita alirkan meraka nampak sebagai duka..kadang semua itu terbalik..apa yang dilihat tak sama dengan apa yang di rasa...

Suatu sudut..ada yang sedang meratapi..meratapi sesuatu yang tiada penghujung..walaupun sudah cuba jadi kuat..akhirnya air mata juga jalan penyelesaiannya..mencari di mana mereka yang mampu menjadi pendengar setia...siapa yang mampu mengelap air mata...tiada..hanya seorang diri terpuruk dalam suatu bilik...terpuruk sendiri memikirkan masalah yang tidak selesai...sampai bila? dia sendiri tidak pasti...bila ikut hati..mati..bila ikut rasa..binasa..payah nak buat suatu keputusan bila terlibat dengan dua hati..dua rasa...susah nak perbetulkan semua seperti dari mula..salah diri sendiri mungkin..menyesal libatkan diri dengan semua yang melanda...


Bila agaknya lafaz yang ditunggu itu akan diucapkan...berdebar..tapi dalam masa yang sama mahu semuanya selesai secepat mungkin..menunggu pengakhiran ibarat berjalan atas duri...sakit...tapi tahan...Tuhan..berikanlah petunjuk...kadang kau ibarat bermain tarik tali..sekejap mahu..sekejap tak nak..kadang kau seperti pencinta setia...buat orang rasa bahagia..mana satu? tak mampu membaca setiap apa yang difikirkan..apa kau buat dia hanya satu bahan eksperimen? kaji..selidik..kemudian sudah puas kau cuba pula manusia lain untuk dikaji..apa kau fikir manusia ini robot..tiada hati dan perasaan...mungkin kau pun keliru bukan..susahnya nak buat suatu pilihan...

tulisan jari: jangan ambil mudah sesuatu yang melibatkan perasaan...bila sudah terlibat..nak pulang semula payah....=)

No comments: