Pages

Thursday 4 July 2013

Move On

Tak sangka semua yang aku jangka tak seperti yang aku terima. Biasa la tu kan, manusia yang berharap sering kali kecewa. Dah jadi lumrah hidup orang dalam dilema. Nak tak hendak kena terima, walaupun hati sakit macam celaka. Aku sendiri tak sangka aku rupanya mampu kua, mampu sabar, mampu tahan air mata. Tak de sikit pun air mata untuk dia bila semua berakhir begitu saja. Sakit hati mungkin ada, benci pun sama, sayang tak usah kata, tak mampu nak hilang sekelip mata. Semuanya perlukan ruang dan masa. Biar aku memendam rasa, tak perlu nak meluahkan rasa kecewa pada siapa-siapa sebab mereka belum tentu faham apa yang aku rasa. 

Sakit mata sebenarnya bila nampak dia bergelak tawa dalam alam maya. Bukan aku stalker tapi kadang kala dia muncul juga depan mata. Dah rasa macam celaka, tapi aku buat biasa saja, malas nak ambik port pasal dia. Bukan tak nak delete atau unfollow dia, tapi aku nak dia tengok aku pun boleh hidup bahagia tanpa dia. Inilah masalah perempuan, terselit jua dalam hati rasa dendam walaupun ada rasa sayang. Nak sumpah seranah pon bukan dia boleh dengar, buat tambah dosa pulak, jadi pendam je apa yang buat kau rasa annoying gila bila nampak dia.Sungguh, aku tak leh lupa apa yang dia kata, sentap sampai ke tulang hitam rasanya. Aku akan ingat sampai bila-bila. Salah aku juga terima semula dia, walhal dulu dia dah buat tahi pada hati, tapi aku tetap rasa nak cuba tambah sakitkan diri, sebab aku percaya pada kata hati, aku sakit sekali lagi. Terima kasih wahai kau yang tak kenang budi.

Sebab tu orang kata, dont expected to much, expectation always hurt. 


Thursday 25 April 2013

Panggilan Sepi

Aku  : Assalamualaikum mak, mak sihat? 

Mak : Waalaikumsalam, mak sihat macam nie je la...kau kat opis ke nie?

Aku  : haah mak, hari nie kan hari Jumaat...Mak dah makan? orang call tadi nape tak jawab?

Mak : belum lagi, mak tengah sapu sampah kat belakang nuh ha...tak denga kau telipon..

Aku  : ooo tak pela kalau gitu...saja je orang call...orang nak gitau orang dah masukkan duit untuk mak...semalam kan gaji..heehehe

Mak : ha takpela kalau gitu..mak tengah siapkan persediaan untuk abang kau kawin nati ha..cat rumah sikit-sikit...betulkan yang mana dah terkopak...bla...blaa...blaaa....

aku biarkan mak mengomel tentang majlis perkahwinan abang aku nanti...sedikit sebanyak rasa sedih dalam hati...dada berombak bila mak masukkan bab perkahwinan yang bakal tiba...mata seolah-olah tak mampu nak memandang persekitaran takut nanti air jernih jatuh dari tubir mata...sepatutnya hari bahagia itu milik aku dan dia...tapi ditangguhkan sebab hati sudah mula rasa berbeza...maafkan aku mak...bukan niat aku nak memalukan keluarga...tapi hati aku belum bersedia..fizikal apa lagi mental...sungguh, aku tak bisa...perkahwinan bukan perkara main-main wahai orang dewasa..aku cuba berfikir ikut logika...kalau masih mampu undurkan masa, undurlah, takut nanti hidup selepas itu tidak bahagia...biar sakit sekarang dari sakit kemudian....
kalau dulu dia terus sepi, aku tak kan jadi begini...kalau dulu dia tak hadir kembali, mungkin aku dah jadi bakal raja sehari...kalau dulu dia tak tinggalkan aku sendiri, aku tak kan degil macam ni...satu kata, DEGIL...ye aku degil...degil sebab aku yang disakiti...aku degil sebab aku tak nak semua yang sudah jadi berulang kembali...aku degil sebab aku nak sedapkan hati aku sendiri...aku seperti sudah biarkan hati orang lain juga sakit barangkali...maafkan aku, aku tak mampu nak penuhi hajat kamu semua yang menanti...

Mak : ha kau pulak macam mana? tak de khabar berita?

Aku  : ntahla mak, orang pon tak tahu...entah jadi entak tidak...

Mak : hm...kau tak boleh senyap je...sampai bila nak macam ni...

Aku  : orang tak tau mak, semua dah berbeza..* air mata jatuh juga*

Mak : ha dahla, pergi la buat kerja, mak pon nak sambung kerja kat belakang tuh ha...

Aku  : baik mak, Assalamualaikum...

Mak : Waalaikumsalam....tuttt...tuttt..tutttt...

Talian dimatikan..telefon masih di telinga seolah-olah semua cerita tadi tergantung...mak sengaja tidak mahu terlebih tanya sebab dia tahu aku apa aku rasa...dia tak mahu dengar aku menangis hiba...dia mampu tahu dari nada suara...sedangkan aku sehabis boleh menahan dari jatuhnya air mata...aku kalah bila berdepan dengan mak...aku tewas bila soalan itu diajukan oleh mak...aku tak kuat...aku rasa aku mahu peluk mak...aku nak mak ada depan mata dan berceloteh apa yang aku rasa...pandangan orang tua mungkin tidak sama..sebab mereka dulu yang rasa asam garam dunia...

: mana bisa seorang ibu melihat anak dia menangis pedih, sebab nanti dia juga turut rasa bersalah dan bersedih:

Wednesday 24 April 2013

kisah yang berulang

Dulu-dulu masa alam persekolahan, aku suka sangat baca novel..dan semestinya setiap novel yang aku baca semestinya berkisahkan kisah cinta...dengan watak hero, seorang pemuda yang kacak, bermata hazel, berambut pacak, anak orang kaya, buat aku sentiasa jauh dari realiti dunia...tak kurang pula dengan heroin, bertudung litup, berkulit putih dengan blouse berbunga-bunga, mata redup dan bulat, berbulu mata lentik buat lelaki tergila-gila...semuanya indah dalam dalam fantasi..kebanyakkan novel yang aku baca melakarkan sebuah kehidupan yang sering kecewa...tapi punya ending yang gembira...perempuan yang sering ditinggalkan berbulan-bulan tanpa jawapan...perempuan yang menunggu penuh harapan...atau lelaki yang panas baran...lelaki yang ego tidak mahu mengaku ada rasa cinta dan sayang...
bila terkenangkan semua jalan cerita novel..terasa pula jalan hidup aku seperti dalam cerita itu...perempuan yang ditinggalkan...menunggu dengan penuh harapan...lelaki pula ego tidak mahu mengaku tentang rasa sayang...bermula dengan satu perkenalan yang tak dijangka...membuahkan rasa cinta...tapi suatu masa...dia pergi tanpa khabar berita...aku pula menunggu dengan penuh rasa percaya...percaya dia akan datang semula..membawa aku ke dunia dia...tapi semua tu hanya harapan...malangnya tiada jawapan...jangan tanya tentang perasaan...semuanya aku serah pada Tuhan...setiap hari bagai orang gila menanti satu panggilan...tapi  penantian itu tiada sedikit pun diberi penghargaan...sehinggalah suatu hari...dia datang semula membawa janji...tapi sudah terlambat untuk dikotai...aku sudah terikat dengan seorang lelaki..malah terikat juga dengan famili..itu semua aku buat bukan kehendak hati...aku tipu diri sendiri...tiada fikir panjang tentang masa depan nanti....

dan hari berlalu dengan cepat...kau masih lagi rasa belum terlambat...mungkin kau masih sempat..menebus segala kesilapan yang kau buat...dan dalam masa yang terikat..hingga ke hari ini, aku masih lagi berhubung dengan dia yang pernah buat aku sesak...rasa sayang pada dia tak pernah pudar...malah makin bertambah-tambah, susah untuk dielak...bukan tidak cuba menjauhkan diri...tapi bila aku lari..dia pula menghampiri...bila aku cuba lupakan memori..dia engatkan kembali...sungguh kalau tiada halangan ini sudah lama aku dan dia bergelar suami isteri...tapi disebabkan salah sendiri, semua itu dibiar sepi..menunggu hari yang tak pasti....tidak tahu sampai bila harus aku tempuh semua ini..mungkin sampai nanti bukan mereka yang jadi pilihan hati..tapi orang lain yang tak aku kenali...mana tahu RANCANGAN ILLAHI....kita hanya mampu berdoa untuk diri, tapi DIA lebih tahu apa yang akan DIA penuhi...

: kadang tak semua yang kita mahu akan DIA penuhi, sebab DIA mahu kita meminta dengan seikhlas hati:

Tuesday 23 April 2013

Lebur

 "....im sorry...saya tak rasa kita boleh teruskan semua ni..berdosa...memutuskan tali silatulrahim awak dan dia..tambah pula awak dah terikat dengan dia..dengan family dia."
Satu SMS diterima dari dia. rasa sedikit sentap.rasa kecewa dan hati ranap.Mungkin salah aku sebab terlalu menaruh harapan tinggi melangit. salah aku juga biarkan hati aku ini kau cuit. walaupun ketika itu aku sudah terikat tapi hati masih rasa terpikat.mungkin kau datang pada saat aku nekad.kalau la masa boleh diputar balik. aku tak kan libatkan dengan masalah lain yang terpalit. perit..tapi aku kena terima kalau itu yang terbaik.

aku: just do it, kalau itu yang awak nak...but if something happen after this..dont blame me..im already tired...
dia: awak tahu kan saya sayang awak..tapi saya tak boleh...
aku: awak tak kan rasa apa yang saya rasa...
dia: tolong jangan cakap macam tu...saya faham apa yang awak rasa...sebab saya pun pernah rasa...
aku: so please, please dont leave me...
dia: i cant promise u...mungkin kalau saya tak ada nanti semua akan jadi seperti biasa...
aku: no!...semuanya tak kan sama...tak kan sama bila awak tak ada..
dia: hurm...im sorry....

setitis demi setitis air mata yang dari tadi bergenang jatuh jua..rasa tersepit rasa terhimpit...bagaimana perasaan ini boleh sampai ke tahap ini...bodohnya aku kerana manusia aku jadi gila...sakit hati bila fikir semula...dari mana aku nak mulakan permulaan seperti sedia kala...Tuhan tolong bantu aku jadi seperti biasa..

" kalau tiba-tiba saya diam...saya harap awak faham...saya buat semua ini untuk awak..untuk kita"

SMS aku baca tanpa perasaan apa-apa...hanya biarkan saja..aku terus capai kunci kereta...dan bergerak menuju ke jalan raya...menuju ke mana saja aku suka...kalau itu yang boleh buat aku rasa lega...

: berharap pada manusia seringkali kita kecewa, tapi kalau berharap pada DIA, insyaallah DIA bantu tanpa dipaksa:

Thursday 18 April 2013

Caci Maki

pelik juga bila orang yang kau kata kau sayang...orang yang kau kata kau cinta..kau boleh caci maki...kau boleh sumpah seranah segala binatang dalam hutan keluar dari mulut yang bisa...susah juga bila sudah terbiasa dengan kata-kata...bila caci maki jadi perkara biasa..pergaduhan yang kecil menjadi semakin berleluasa..mana hormat kau pada dia yang kau kata kau cinta...mana rasa cinta kau pada orang yang kau kata kau sayang...mahu dijadikan sebagai peneman? rasanya kau tak kan pernah serik bila berkata yang bukan-bukan..kerana santan yang putih tetap akan bertukar warna bila menjadi bahan dalam masakan...fahamkan apa yang aku maksudkan?

takut bila berada dalam situasi begitu..bila sudah mula dari zaman cinta kau sudah berani macam tu...apa lagi dalam rumahtangga, tetap akan berlaku...adakah itu semua janji-janji palsu...sanggup terima setiap satu persatu...mungkin masih belum bersatu..sebab tu macam tu...aku nak tanya, kalau kau rasa kau jahat, kau berharap tak kau dapat pasangan yang baik? kalau kau baik, kau nak ke pasangan yang jahat? kalau dari sekarang kau sudah mengungkit-ungkit kebaikan dan kejahatan dia...tak mustahil suatu hari nanti semua tu dah jadi tabiat....kau boleh kata kau sayang...kau boleh kata kau cinta...tapi lepas tu kau boleh juga caci dia...ape tu sebenarnya?sungguh aku tak biasa....perkataan babi dah jadi biasa..perkataan pergi mampus dah berulang kali kau kata...mana sopanmu sebagai perempuan..mana budi bahasamu dalam perkataan...

aku pon tak tahu nak beri jawapan..mungkin mereka sudah kalis dengan tindakan...aku yang dengar pedih telinga tak lalu makan..tapi peliknya diorang macam takde perasaan...lepas perbalahan terus masih berhubung macam tiada peperangan...mungkin mereka terbiasa...aku siapa nak mengomel tentang mereka...suka hati kau la labu dan labi..asalkan kau bahagia..tu pon dah buat aku gembira...nak kata salah asuhan tak boleh juga..budak-budak sekarang pantang mak bapak tegurkan...terus naik kaki tangan...terus sumpah seranah orang yang dah banyak berjasa dan berkorban...demi nak jadikan kau manusia..bukannya binatang....walaupun kau yang mereka tatang...sejak dari sebesar tapak tangan bawak lah ke besar panjang...tapi kau masih tak dapat bezakan mana teman mana lawan...mereka bukan lawan..mereka amanah Tuhan...jangankan suara ditinggikan...menjawab ahhhh pon dah dikira kau anak derhaka...lepas tu nak masuk syurga...dapat...tapi syurga dunia saja...syurga akhirat mintak ampun dulu dengan mak bapak dan lepas tu baru kau bermimpi berlari ke sana...sekarang berlari la dulu atas dunia ye...

p/s : jangan jadikan caci maki sebagai tabiat...bila sudah melekat...payah nak sekat...=)

Tuesday 16 April 2013

L.A.L.I

Bila fikirkan tentang perasaan...tentang hati...terasa seperti dah lali...sakit yang bertimpa-timpa...di anggap sebagai ujian...luka yang tak pernah sembuh...walaupun masa bersilih ganti...sakit itu tetap ada...tapi disebabkan sudah penat dengan permainan dunia...sakit itu ibarat tertutup..lali...seolah-olah sudah menjadi perkara biasa...sampai satu tahap air mata pun tak mampu keluar dari kelopak mata disebabkan sudah terlalu penat melayan kerenah manusia....kadang-kadang terasa bodoh menangis kerana manusia...tapi bukan kerana Tuhan...tapi itulah manusia..mana mampu menahan hati kalau sudah sakit...=)

Dia: i have to do this...this for your own good.....im sorry...

Aku : yeah...but i didnt see this for my own good...i see u as u dont wanna take a risk..

Dia : please..tolongla faham...everythings was complicated...

Aku: complicated because of you..not me...

Dia: hurm...awak tak faham...

Aku: memang...dan saya memang tak nak faham...

kadang...sikap degil itu untuk menguatkan hati dari rasa sakit sendiri...mahu mengawal emosi...tapi dalam tidak sedar..manik-manik jernih jatuh berderai..ibarat cermin yang dibaling dengan batu...retak...kemudian pecah..mudahnya manusia membuat keputusan tanpa fikirkan perasaan manusia lain...mungkin kadang perlu pentingkan diri sendiri..tapi bukan dalam semua perkara...ada yang kita perlu korbankan untuk puaskan hati manusia...dan ada pula perkara yang kita perlu pertahankan untuk jaga hati kita...kalaupun sudah tertulis begitu sejak dari dulu...bukan begitu caranya...semua perkara tak kan terjadi andai tiada permulaan...dan setiap yang terjadi juga sering kali berakhir dengan perpisahan...dan kita...redha menerima tanpa banyak cerita...mungkin sebab sudah lali...

p/s:sampai satu tahap..kau akan cuba lari dari semua perkara yang mengusutkan....mengelak dari berfikir perkara yang buat kau sakit....