Pages

Wednesday 26 September 2012

tak kenal

kadang-kadang kan..bila terfikir tentang kehidupan dan hidup berpasangan...teringin pula rasanya hati mahu berjumpa dengan seseorang yang aku tak kenal...kawan-kawan aku pun tak kenal dia..mungkin itu lebih baik..tapi kadang kala je la kan...sebabnya zaman sekarang kan dunia IT..contohnya Facebook...kalau tengok pada bahagian "friends" di dinding profile mereka..pasti ada mutual friends...tapi pelik la pulak kan kalau orang lain lansung tak kenal siapa pasangan kau kan..halah halah halahhh...bukan apa cuma kadang-kadang aku rasa bila ada yang mengenali si pasangan mula lah ada cerita-cerita di sebaliknya..masa tu lah jugak rasa tak sedap hati..bukan nak cakap pasangan kita tuh jahat...tak..bukan itu yang aku maksudkan..cuma mulut orang...kau paham macam mana kan?


ada juga pasangan yang jenis suka "menambah" kawan pasangan dia...mungkin la dia mahu berkawan..mungkin la kan..tak salah mahu berkawan..mahu berkenal-kenalan..tapi jaga batas dan had..ye lah aku tahu jodoh di tangan tuhan..tak perlu menggelabah dengan semua tuh...tapi mungkin sebab aku pernah rasa macam mana sakitnya hati kawan tikam belakang...i means kawan makan kawan maybe tuh la punca aku tak berapa nak suka gejala begini..serius aku tak pernah sekat kalau pasangan aku nak berkawan dengan sesiapa pun...tapi bila aku ambil tak kisah semua tuh..apa yang aku dapat? ye aku dapat sakit...betul kata orang jangan nak salahkan sebelah pihak..dan sememangnya perkara macam nih aku tak salahkan sebelah pihak..manakan berbunyi kalau tepuk angin kan...halah halah halahhh...kau pun nak bermadah helah plak...tapi cuba kau fikir kalau salah seorang tuh tidak melayan..menjadi ke tak semua tuh? tak de kannnn...seeloknya kalau nak bagi penampar elok la bagi kat dua-dua..jangan salah sorang..lepas tampar tuh kau jalan je macam biasa...macam tak jadi pape..yang penting kau puas...=)

seriusly, bila aku tengok kawan-kawan yang dah nak khawen, hati aku rasa sayu...bila tengok meraka sama-sama berusaha uruskan hal kahwin terdetik juga rasa dengki dan cemburu..bila tengok mereka gembira terasa jugak nak bahagia macam orang lain..normal la tuh kan..tak de sesiapa kat dunia nie tak nak bahagia..ke ada manusia abnormal dah bosan hidup bahagia?sila jawab aku nak tengok..tak de kannn...ye lah siapa yang tak nak khawen kan...siapa yang tak nak ade keturunan kan....nak sangattt....tapi mungkin seru belum sampai..kalau dah sampai pun mungkin terhenti di tengah jalan...nak buat macam mana kan...tuh seme kerja tuhan...ghedo je la kan...hanya mampu tengok orang bahagia..kau tahu ke dia bahagia masalahnye? yelah nak khawen kan mestilah bahagia...halahhh halahhh halahhh..agak-agak sapelah jodoh aku..tertanya-tanya jugak...tertunggu-tunggu nak tahu..tapi selagi tuhan tak nak tunjuk kau sabar je lah dulu..sudah tertulis di loh mahfuz manusia ni berpasangan..ye dak?

Monday 24 September 2012

hilang....

awak nak tahu satu cerita?
cerita ini tentang kisah kita...
kisah kita yang saya tak tahu awak masih ingat atau sudah lupa...
untuk kita yang semakin berumur di makan masa...

awak masih ingat tak dulu?
bagaimana saat pertama kita jumpa...
bagaimana saat kita meluah rasa..
bagaimana kita mula bercinta...
hingga buat hati gundah gulana...
walaupun hari-hari bersemuka...
pelik kan kita?


mungkin awak lupa?
acap kali juga kita bersengketa...
acap kali juga kita tarik muka...
acap kali juga kita memendam rasa..
hingga awak buat saya jatuh air mata
anehnya perasaan saya...
masih mampu tetap setia...

pernah tak awak tanya?
bagaimana perasaan saya bila awak buat saya seperti patung tak bernyawa...
bagaimana rasa hati saya bila awak jauh dari pandangan mata...
bagaimana saya lalui hari-hari saya tanpa awak bersama...
tak ada bukan..
bahkan awak makin cuba mengelak dari saya...
hingga saya sendiri terpinga-pinga...
tertanya-tanya saya buat salah apa...
tapi awak buat tak endah saja..

pernah tak awak rasa?
sakit bila diri dikhianati oleh kawan-kawan sendiri..
dicurangi oleh orang yang awak sayangi...
ditipu oleh orang yang awak percayai..
ditikam hatinya bertubi-tubi...
tapi dia tetap sabar menanti...
tanpa rasa dendam dalam hati..
ada awak rasa itu semua dalam realiti?

awak ingat tak dulu?
awak pernah berjanji tak kan pernah ulangi..
awak berjanji bersumpah bagai nak mati...
tapi janji hilang janji...
kesalahan awak tak langsung berbekas dihati..
bila awak ulangi kesilapan yang sama yang tak mungkin awak sedari...
dan saya mula cuba menjauhkan diri...
agar awak mengerti bagaimana rasa sakitnya hati...

akhir sekali tentang cerita ini...
ada seseorang cuba menghulurkan jemari...
tanda perkenalan ikhlas dari hati...
saat saya menjauh pergi..
dari awak yang tak pernah hargai..
seorang insan yang terlalu menyanyangi..
barulah awak sedar dari mimpi..
saya bukan milik awak lagi...

Sunday 23 September 2012

Sepi....

awak...
apa makna sepi?
apa makna sunyi?
apa yang ada dalam hati?
awak ada jawapan?

awak...
hidup ini memang satu pertandingan...
saya bertanding untuk ikat hati awak...
saya bertanding nak perhatian awak..
tapi saya akur kalau saya hanya bertepuk sebelah tangan...

awak...
tolong jangan berjanji...
tolong jangan sakiti..
tolong jangan buat tahi..
saya bukan bahan untuk awak manipulasi...

awak...
sama ke perasaan kita?
sama ke apa yang kita rasa?
walaupun kita jauh berbeza...
walaupun saya dah cuba buat biasa...

akhirnya saya sendiri yang LUKA.....

tapi awak tetap SEPI...

saya pun diam malas BERBASA BASI....

itu saja cara saya menjaga HATI sendiri...

Friday 21 September 2012

sekali lagi...

arghhh...buat sekian kali kau akan tinggalkan aku di sini sekali lagi...sedihnye rasa hati..tapi demi kerjaya kau terpaksa kan sayang...takpelah..mungkin ini dugaan untuk aku dan kau...baru permulaan aku dah macam hilang sabar...maafkan aku..kerjaya kau yang sememangnya mencabar kesabaran aku...tambah pula kadang kala kau pun turut buat aku hilang sabar...tapi bila difikirkan balik..tak guna kan aku kecewa tanpa sebab..sebab aku tahu kau pasti fikir pasal aku juga...=)


kau: awak...saya nak bagitahu sesuatu jangan marah ya..

aku: ape dia..cakapla..takkan saya nak marah tanpa sebab..

kau: saya kena pergi lagi esok...im sorry..

aku: oh ya...new job again? its okay dear..i will understand...(dalam hati rasa sedih)

kau: saya tak sempat jumpa awak lagi dah kena pergi lagi...really-really sorry...

aku: hurm..lain kali awak jangan berjanji...(air mata menitik)

kau: hmmmm...ini yang saya cuba elak...

kadang kala memang sakit hati bila kau terlalu buzy dengan kerjaya..tapi bila difikirkan balik..bukan untuk orang lain juga..maafkan aku andai kadang kala aku tak faham situasi kau...mungkin sebab aku dah terbiasa pasangan ada depan mata dulu buat aku rasa asing bila bersama kau..bukan mahu membanding tapi kadang terfikir sendiri...maaf...aku akui banyak juga aku menangis untuk tahan rindu...banyak juga aku menangis sebab terlalu banyak berfikir...lama kelamaan aku fikir tiada guna aku menangis...just enjoy mylife sementara aku masih bebas tidak terikat...tapi aku tak mampu bebas seperti kau sebab aku sedar aku bukan seorang yang sosial..bagaimana?

penulis: menunggu dan menunggu hingga sampai kapan pun tidak tahu...

Sunday 9 September 2012

Duhai Hati

Bersabarlah duhai hati...kadang kala apa yang kita nak tak semestinya sama dengan apa yang kita mintak..sabar itu mungkin indah di hujungnya..tak siapa yang tahu perjalanan hidup kita bagaimana..saat kita menangis..saat kita tertawa..itu semua sudah direncana..menangis untuk sesuatu yang mampu beri pengajaran..tertawa untuk sesuatu yang boleh dijadikan kenangan...hati kita..kita saja yang tahu..orang lain tak tahu..mereka hanya mampu melihat dari pandangan kasar..senyum yang kita ukir dilihat kita gembira...tangisan yang kita alirkan meraka nampak sebagai duka..kadang semua itu terbalik..apa yang dilihat tak sama dengan apa yang di rasa...

Suatu sudut..ada yang sedang meratapi..meratapi sesuatu yang tiada penghujung..walaupun sudah cuba jadi kuat..akhirnya air mata juga jalan penyelesaiannya..mencari di mana mereka yang mampu menjadi pendengar setia...siapa yang mampu mengelap air mata...tiada..hanya seorang diri terpuruk dalam suatu bilik...terpuruk sendiri memikirkan masalah yang tidak selesai...sampai bila? dia sendiri tidak pasti...bila ikut hati..mati..bila ikut rasa..binasa..payah nak buat suatu keputusan bila terlibat dengan dua hati..dua rasa...susah nak perbetulkan semua seperti dari mula..salah diri sendiri mungkin..menyesal libatkan diri dengan semua yang melanda...


Bila agaknya lafaz yang ditunggu itu akan diucapkan...berdebar..tapi dalam masa yang sama mahu semuanya selesai secepat mungkin..menunggu pengakhiran ibarat berjalan atas duri...sakit...tapi tahan...Tuhan..berikanlah petunjuk...kadang kau ibarat bermain tarik tali..sekejap mahu..sekejap tak nak..kadang kau seperti pencinta setia...buat orang rasa bahagia..mana satu? tak mampu membaca setiap apa yang difikirkan..apa kau buat dia hanya satu bahan eksperimen? kaji..selidik..kemudian sudah puas kau cuba pula manusia lain untuk dikaji..apa kau fikir manusia ini robot..tiada hati dan perasaan...mungkin kau pun keliru bukan..susahnya nak buat suatu pilihan...

tulisan jari: jangan ambil mudah sesuatu yang melibatkan perasaan...bila sudah terlibat..nak pulang semula payah....=)

Thursday 6 September 2012

im coming home...

Baru semalam rasanya bercerita tentang rindu yang membuak-buak..tak dapat di tahan oleh hati yang gundah....rasa yang hadir seolah-olah sama dirasa bila mendapat khabar gembira..petanda apa itu? senyuman sampai ke telinga..setiap gerak geri tak lekang dengan senyuman..gila mungkin..gilakan kau yang berada di kejauhan...

dia: assalamualaikum awak...

aku: walaikumsalam..awak sihat...

dia: alhamdulillah sihat..im coming home soon...

aku: oh ya? *mula tersenyum* bila? *gelojak rasa ingin tahu*

dia: adalah..suprise..once i arrived in Malaysia i will inform u..just wait and see...

aku: alah cakap saja bila..awak suka sangat berahsia..pleasee..

dia: no no no..just wait..*gelak*

gembira mendengar khabar itu..sekurang-kurangnya aku tahu dia akan sampai tak lama lagi...maybe just for 3 4 day..he will be back..tidak cukup dengan peti pesanan..aku terima pula panggilan dari dia..lain benar suaranya..mungkin sebab perubahan cuaca...sekejap saja tapi senyum sampai ke esoknya pula..dulu perasaan begini pernah menjengah...tapi selepas beberapa tahun ia mula berubah..aku takut itu semua berulang semula..sebab itu aku katakan cinta selepas nikah itu indah...dan dia juga setuju tentang itu..aku harap aku dan dia akan begitu...=)

Monday 3 September 2012

Mesej Terakhir

Ah! sudah masuk hari ke 12 dia di sana...walaupun 12 hari tapi ibarat sudah sebulan..macam mana? kau kata kau kuat..dan akhirnya mengaku sebenarnya kau tak mampu..tak mampu tahan hati dari terus merindu...sungguh...rindu itu makin parah..lagi-lagi bila kita tak mampu untuk berhubung..tak dapat dikesan dia di mana..bagaimana tahap kesihatannya...hanya sebuah pesanan mel sahaja diterima..itu pun minggu lepas..bertanyakan khabar insan yang dirindu...
dia: dear, assalamualaikum...

kau: waalaikumussalam...

dia: sayang sihat?

kau: tak..batuk...

dia: tak sembuh-sembuh lagi sayang?

kau: jadi balik..dah makan ubat dah..dont worry okay..

dia: oh okay..sayang...why im feel like you are different? is it because you tak sihat?

kau: hey no la..im okay saja..how are you? everythings okay? you sihat?

dia: alhamdulillah..sihat saja..dan makin gelap..mungkin you tak nak dah kat i bila tengok i nanti..

kau: what a nonsense..jangan fikir bukan-bukan okay..im always waiting for you..dah nama kerja..so i terima saja..=)

dia: ye ke nie..kalau macam tu okaylah..sayang, i got to go...i'll catch u again next time okay..dont notty-notty ya...i love you so much...

kau: baiklah..take care...i love u too...

mungkin cara aku jawab setiap mesej buat dia rasa seperti aku ingin menjauhkan diri..but deep down in my heart...sentiasa membilang hari menunggu dia balik...1 mesej sudah mampu buat aku tenang seketika...sekurang-kurangnya aku tahu dia selamat di sana...

p/s: semoga dia selamat balik..im always here..waiting for you...my sayang...=)