Pages

Thursday, 4 July 2013

Move On

Tak sangka semua yang aku jangka tak seperti yang aku terima. Biasa la tu kan, manusia yang berharap sering kali kecewa. Dah jadi lumrah hidup orang dalam dilema. Nak tak hendak kena terima, walaupun hati sakit macam celaka. Aku sendiri tak sangka aku rupanya mampu kua, mampu sabar, mampu tahan air mata. Tak de sikit pun air mata untuk dia bila semua berakhir begitu saja. Sakit hati mungkin ada, benci pun sama, sayang tak usah kata, tak mampu nak hilang sekelip mata. Semuanya perlukan ruang dan masa. Biar aku memendam rasa, tak perlu nak meluahkan rasa kecewa pada siapa-siapa sebab mereka belum tentu faham apa yang aku rasa. 

Sakit mata sebenarnya bila nampak dia bergelak tawa dalam alam maya. Bukan aku stalker tapi kadang kala dia muncul juga depan mata. Dah rasa macam celaka, tapi aku buat biasa saja, malas nak ambik port pasal dia. Bukan tak nak delete atau unfollow dia, tapi aku nak dia tengok aku pun boleh hidup bahagia tanpa dia. Inilah masalah perempuan, terselit jua dalam hati rasa dendam walaupun ada rasa sayang. Nak sumpah seranah pon bukan dia boleh dengar, buat tambah dosa pulak, jadi pendam je apa yang buat kau rasa annoying gila bila nampak dia.Sungguh, aku tak leh lupa apa yang dia kata, sentap sampai ke tulang hitam rasanya. Aku akan ingat sampai bila-bila. Salah aku juga terima semula dia, walhal dulu dia dah buat tahi pada hati, tapi aku tetap rasa nak cuba tambah sakitkan diri, sebab aku percaya pada kata hati, aku sakit sekali lagi. Terima kasih wahai kau yang tak kenang budi.

Sebab tu orang kata, dont expected to much, expectation always hurt. 


Thursday, 25 April 2013

Panggilan Sepi

Aku  : Assalamualaikum mak, mak sihat? 

Mak : Waalaikumsalam, mak sihat macam nie je la...kau kat opis ke nie?

Aku  : haah mak, hari nie kan hari Jumaat...Mak dah makan? orang call tadi nape tak jawab?

Mak : belum lagi, mak tengah sapu sampah kat belakang nuh ha...tak denga kau telipon..

Aku  : ooo tak pela kalau gitu...saja je orang call...orang nak gitau orang dah masukkan duit untuk mak...semalam kan gaji..heehehe

Mak : ha takpela kalau gitu..mak tengah siapkan persediaan untuk abang kau kawin nati ha..cat rumah sikit-sikit...betulkan yang mana dah terkopak...bla...blaa...blaaa....

aku biarkan mak mengomel tentang majlis perkahwinan abang aku nanti...sedikit sebanyak rasa sedih dalam hati...dada berombak bila mak masukkan bab perkahwinan yang bakal tiba...mata seolah-olah tak mampu nak memandang persekitaran takut nanti air jernih jatuh dari tubir mata...sepatutnya hari bahagia itu milik aku dan dia...tapi ditangguhkan sebab hati sudah mula rasa berbeza...maafkan aku mak...bukan niat aku nak memalukan keluarga...tapi hati aku belum bersedia..fizikal apa lagi mental...sungguh, aku tak bisa...perkahwinan bukan perkara main-main wahai orang dewasa..aku cuba berfikir ikut logika...kalau masih mampu undurkan masa, undurlah, takut nanti hidup selepas itu tidak bahagia...biar sakit sekarang dari sakit kemudian....
kalau dulu dia terus sepi, aku tak kan jadi begini...kalau dulu dia tak hadir kembali, mungkin aku dah jadi bakal raja sehari...kalau dulu dia tak tinggalkan aku sendiri, aku tak kan degil macam ni...satu kata, DEGIL...ye aku degil...degil sebab aku yang disakiti...aku degil sebab aku tak nak semua yang sudah jadi berulang kembali...aku degil sebab aku nak sedapkan hati aku sendiri...aku seperti sudah biarkan hati orang lain juga sakit barangkali...maafkan aku, aku tak mampu nak penuhi hajat kamu semua yang menanti...

Mak : ha kau pulak macam mana? tak de khabar berita?

Aku  : ntahla mak, orang pon tak tahu...entah jadi entak tidak...

Mak : hm...kau tak boleh senyap je...sampai bila nak macam ni...

Aku  : orang tak tau mak, semua dah berbeza..* air mata jatuh juga*

Mak : ha dahla, pergi la buat kerja, mak pon nak sambung kerja kat belakang tuh ha...

Aku  : baik mak, Assalamualaikum...

Mak : Waalaikumsalam....tuttt...tuttt..tutttt...

Talian dimatikan..telefon masih di telinga seolah-olah semua cerita tadi tergantung...mak sengaja tidak mahu terlebih tanya sebab dia tahu aku apa aku rasa...dia tak mahu dengar aku menangis hiba...dia mampu tahu dari nada suara...sedangkan aku sehabis boleh menahan dari jatuhnya air mata...aku kalah bila berdepan dengan mak...aku tewas bila soalan itu diajukan oleh mak...aku tak kuat...aku rasa aku mahu peluk mak...aku nak mak ada depan mata dan berceloteh apa yang aku rasa...pandangan orang tua mungkin tidak sama..sebab mereka dulu yang rasa asam garam dunia...

: mana bisa seorang ibu melihat anak dia menangis pedih, sebab nanti dia juga turut rasa bersalah dan bersedih: