Pages

Thursday 18 April 2013

Caci Maki

pelik juga bila orang yang kau kata kau sayang...orang yang kau kata kau cinta..kau boleh caci maki...kau boleh sumpah seranah segala binatang dalam hutan keluar dari mulut yang bisa...susah juga bila sudah terbiasa dengan kata-kata...bila caci maki jadi perkara biasa..pergaduhan yang kecil menjadi semakin berleluasa..mana hormat kau pada dia yang kau kata kau cinta...mana rasa cinta kau pada orang yang kau kata kau sayang...mahu dijadikan sebagai peneman? rasanya kau tak kan pernah serik bila berkata yang bukan-bukan..kerana santan yang putih tetap akan bertukar warna bila menjadi bahan dalam masakan...fahamkan apa yang aku maksudkan?

takut bila berada dalam situasi begitu..bila sudah mula dari zaman cinta kau sudah berani macam tu...apa lagi dalam rumahtangga, tetap akan berlaku...adakah itu semua janji-janji palsu...sanggup terima setiap satu persatu...mungkin masih belum bersatu..sebab tu macam tu...aku nak tanya, kalau kau rasa kau jahat, kau berharap tak kau dapat pasangan yang baik? kalau kau baik, kau nak ke pasangan yang jahat? kalau dari sekarang kau sudah mengungkit-ungkit kebaikan dan kejahatan dia...tak mustahil suatu hari nanti semua tu dah jadi tabiat....kau boleh kata kau sayang...kau boleh kata kau cinta...tapi lepas tu kau boleh juga caci dia...ape tu sebenarnya?sungguh aku tak biasa....perkataan babi dah jadi biasa..perkataan pergi mampus dah berulang kali kau kata...mana sopanmu sebagai perempuan..mana budi bahasamu dalam perkataan...

aku pon tak tahu nak beri jawapan..mungkin mereka sudah kalis dengan tindakan...aku yang dengar pedih telinga tak lalu makan..tapi peliknya diorang macam takde perasaan...lepas perbalahan terus masih berhubung macam tiada peperangan...mungkin mereka terbiasa...aku siapa nak mengomel tentang mereka...suka hati kau la labu dan labi..asalkan kau bahagia..tu pon dah buat aku gembira...nak kata salah asuhan tak boleh juga..budak-budak sekarang pantang mak bapak tegurkan...terus naik kaki tangan...terus sumpah seranah orang yang dah banyak berjasa dan berkorban...demi nak jadikan kau manusia..bukannya binatang....walaupun kau yang mereka tatang...sejak dari sebesar tapak tangan bawak lah ke besar panjang...tapi kau masih tak dapat bezakan mana teman mana lawan...mereka bukan lawan..mereka amanah Tuhan...jangankan suara ditinggikan...menjawab ahhhh pon dah dikira kau anak derhaka...lepas tu nak masuk syurga...dapat...tapi syurga dunia saja...syurga akhirat mintak ampun dulu dengan mak bapak dan lepas tu baru kau bermimpi berlari ke sana...sekarang berlari la dulu atas dunia ye...

p/s : jangan jadikan caci maki sebagai tabiat...bila sudah melekat...payah nak sekat...=)

No comments: