Pages

Thursday, 4 July 2013

Move On

Tak sangka semua yang aku jangka tak seperti yang aku terima. Biasa la tu kan, manusia yang berharap sering kali kecewa. Dah jadi lumrah hidup orang dalam dilema. Nak tak hendak kena terima, walaupun hati sakit macam celaka. Aku sendiri tak sangka aku rupanya mampu kua, mampu sabar, mampu tahan air mata. Tak de sikit pun air mata untuk dia bila semua berakhir begitu saja. Sakit hati mungkin ada, benci pun sama, sayang tak usah kata, tak mampu nak hilang sekelip mata. Semuanya perlukan ruang dan masa. Biar aku memendam rasa, tak perlu nak meluahkan rasa kecewa pada siapa-siapa sebab mereka belum tentu faham apa yang aku rasa. 

Sakit mata sebenarnya bila nampak dia bergelak tawa dalam alam maya. Bukan aku stalker tapi kadang kala dia muncul juga depan mata. Dah rasa macam celaka, tapi aku buat biasa saja, malas nak ambik port pasal dia. Bukan tak nak delete atau unfollow dia, tapi aku nak dia tengok aku pun boleh hidup bahagia tanpa dia. Inilah masalah perempuan, terselit jua dalam hati rasa dendam walaupun ada rasa sayang. Nak sumpah seranah pon bukan dia boleh dengar, buat tambah dosa pulak, jadi pendam je apa yang buat kau rasa annoying gila bila nampak dia.Sungguh, aku tak leh lupa apa yang dia kata, sentap sampai ke tulang hitam rasanya. Aku akan ingat sampai bila-bila. Salah aku juga terima semula dia, walhal dulu dia dah buat tahi pada hati, tapi aku tetap rasa nak cuba tambah sakitkan diri, sebab aku percaya pada kata hati, aku sakit sekali lagi. Terima kasih wahai kau yang tak kenang budi.

Sebab tu orang kata, dont expected to much, expectation always hurt. 


No comments: